Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Masih Lagi Bermimpi” - Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Digital Times Square New York Buat Kali Kedua

Asyraf Roslan
18/10/2024 12:55 MYT
Penyanyi, Ernie Zakri mengumumkan dia sekali lagi terpilih untuk menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square pada Jumaat.

Ernie memaklumkan perkara berkenaan menerusi kemas kini dilaman Instagramnya.

Menurut pelantun lagu Masing-masing itu, dia sangat bersyukur apabila terpilih sekali lagi untuk menjadi duta EQUAL buat kali kedua.

“Kejutan, Saya Duta EQUAL untuk bulan ini. Alhamdulillah untuk kedua kalinya,masih lagi bermimpi” kata Ernie ringkas di Instagramnya.

Kali pertama wajah pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, menghiasi papan iklan itu adalah pada Mei 2023.

ARTIKEL BERKENAAN: 'Masing-Masing' Mendonia! Lagu Ernie Zakri Masuk Carta Top 50 Indonesian Song Di Spotify, Siap Kalahkan Ariana Grande & Henry Moodie

ARTIKEL BERKENAAN: Kuatnya 'Aura' Ernie Zakri, Tiket Konsert Sold Out Dalam Masa 7 Jam



Selain Ernie, antara penyanyi wanita yang pernah menghiasi papan iklan di New York itu adalah Yuna, Dolla, Aina Abdul, Aisha Retno, Kaka Azraf dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Untuk bulan ini juga isteri kepada penyanyi, Syamel itu juga berjaya menduduki tempat ke-39 dalam carta Top 50 Indonesia song menerusi lagu masing-masing.

Untuk info, EQUAL merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

#Ernie Zakri #Spotify #EQUAL
;