Masih Membara, Pusaka Raih RM12.5 Juta Dalam Masa 25 Hari Tayangan!

Kamaruddin Razal
November 25, 2019 11:44 MYT
Masih hangat dan membara!
Filem seram arahan Razaisyam Rashid, Pusaka berjaya meraih RM12.5 juta dalam masa 25 hari tayangan!
Mendapat respon baik peminat, berita baik terbabit diumumkan menerusi laman sosial Instagram milik Astro Shaw.
"RM12.5 JUTA DALAM MASA 25 HARI TAYANGAN. Terima kasih atas sokongan semua! Jom repeat tengok filem Pusaka!" tulis pengendali akaun Astro Shaw.
Walaupun mula ditayangankan 31 Oktober lepas, karya yang menggabungkan elemen seram dan penyiasatan ini masih menjadi pilihan penonton!
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka