Hiburan

“Masih Memelihara Aib Walaupun Diri Dilondeh Bogel Dengan Fitnah” – Sharnaaz Ahmad

gempak
Fiza Kamarudin
18/11/2019
04:00 MYT
Sponsor Banner
“Masih Memelihara Aib Walaupun Diri Dilondeh Bogel Dengan Fitnah” – Sharnaaz Ahmad
Akhir-akhir ini pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat sering meluahkan rasa kecewanya di laman sosial, baik Instagram mahupun Twitter.
Menerusi pemerhatian Gempak, luahan Sharnaaz selalu merujuk kepada anaknya Jebat Jayden sejak kemelut rumah tangganya bersama isteri Noor Nabila bermula.
Jumaat lalu ciapan Sharnaaz di Twitter menggambarkan dirinya seolah-olah sedang bersabar dan bertahan dengan pelbagai tohmahan serta fitnah dilemparkan.
“Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh bogel dengan fitnah. Sempena hari jumaat yang mulia, bukalah pintu kebangkitan dan bukalah benak otak dan hati yang direndam dengan kebencian oleh syaitan-syaitan bertopengkan atas dasar agama,” ciapnya.
Ciapan tersebut telah mendapat reaksi daripada pengikut aktor tersebut yang rata-ratanya meminta Sharnaaz bersabar dan tabah dengan dugaan dihadapi. Hujung September lalu, Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz, 34, anak guamnya telah memfailkan kes tersebut pada 19 September dan diterima oleh Noor Nabila, 35, pada 22 September lalu.
Mahkamah turut diberitahu, Sharnaaz dan Noor Nabila telah melantik wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dan laporan berkenaan perkara tersebut telah disebut pada 6 November lalu.
Bagaimanapun kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam sesi tersebut.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam), berhubung kes perceraian pasangan tersebut.
Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.
Menurut peguam yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar kedua-dua pihak dapat hidup aman damai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live