Remaja kini lebih banyak menggunakan teknologi untuk melakukan kerja sekolah berbanding zaman dahulu.

Membesar pada zaman teknologi serba canggih telah memberi mereka peluang menggunakan peranti dan alat yang berbeza sebagai satu kelebihan terutamanya dalam pendidikan.

Namun agak sukar untuk mengejar setiap keluaran telefon pintar, tablet atau komputer riba yang mempunyai keluaran baru hampir setiap bulan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, HUAWEI menawarkan inisiatif menerusi kempen Together 2020.

Jadi pelajar tidak perlu lagi runsing untuk menggeluarkan perbelanjaan besar membeli peranti. Bagus bukan?

Dengan adanya tawaran HUAWEI Together 2020 Student Package, pelajar boleh memiliki laptop baru dengan cara bayaran secara ansuran serendah RM19.39/sehari.

Menerusi pakej berkenaan, pelajar boleh memiliki telefon pintar HUAWEI nova 5T, HUAWEI MateBook 13, Watch GT2 dan FreeBuds 3.

HUAWEI nova 5T


Bagi yang suka berselfie, HUAWEI nova 5T adalah pilihan yang tepat! Telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera Quad AI 32MP untuk kamera swafoto.

HUAWEI nova 5T juga hadir dengan mod AIS Super Night yang membolehkan anda mengambil gambar walaupun tempat tersebut kurang pengcahayaan. Tengok gambar-gambar di bawah ni yang diambil dengan HUAWEI nova 5T:








Telefon ini juga didatangkan dengan AI chipset Kirin 980 yang merupakan chipset 7nm pertama di dunia.

Tidak perlu risau mengenai bateri kerana HUAWEI nova 5T ini dilengkapi dengan teknologi pengecasan SuperCharge yang membolehkan bateri telefon ini dicas sebanyak 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Menariknya lagi telefon ini juga hadir dengan tiga warna yang berbeza iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam sesuai dengan cita rasa orang muda gitu!


HUAWEI MateBook 13


Ringan, pantas, cantik dan menakjubkan merupakan antara ciri-ciri laptop yang menjadi pilihan pelajar jadi dengan adanya HUAWEI MateBook 13 umpama mimpi menjadi kenyataan.

Lagi seronok apabila laptop ini boleh disambungkan terus bersama telefon pintar HUAWEI dengan hanya 1 tap. Dengan adanya kemudahan ini korang boleh memindahkan fail atau imej (500 imej dalam satu minit) dari nova 5T ke Matebook 13.

Jadi korang boleh je buat sebarang tugasan dengan mudah tak kira di mana sahaja korang berada dengan peranti pintar anda.



HUAWEI Watch GT2


Bila dah bergelar student sudah pasti akan sentiasa sibuk dengan assignment, kuliah dan juga program di universiti sehinggakan ada ketika terlepas pandang mesej, email atau maklumat penting yang diberikan oleh rakan-rakan.

Namun dengan adanya Watch GT2 ini, korang tidak perlu risau dah kerana jam ini boleh disambungkan dengan telefon pintar HUAWEI nova 5T dan segala notifikasi akan muncul di jam tangan anda.

Menariknya lagi, jam ini juga mampu mengawasi kesihatan dan kadar degupan jantung selain membolehkan korang mengetahui laporan penuh tahap kesihatan.

Paling awesome bila korang boleh jawab serta buat panggilan tanpa perlu membawa telefon ketika bersenam. Oh! Korang juga boleh dengar muzik terus dekat jam ini tau!


HUAWEI Freebuds 3


Kalau dah namanya student sudah pasti korang mahukan sedikit hiburan dan ketenangan sewaktu mengulangkaji pelajaran kan? Bak kata orang muzik dan student itu memang tak dapat dipisahkan.

Ni kami nak habaq, dengan adanya HUAWEI Freebuds 3 ini jangan kata muzik, bunyi bising luaran yang mengganggu korang waktu nak ulangkaji pun tak serap tau.

FreeBuds 3 sangat best kerana memiliki teknologi noise cancelling yang sangat awesome! Ini membolehkan korang menikmati muzik tanpa diganggu dengan bunyi-bunyi daripada luaran.

Peranti ini juga membolehkan anda dengar muzik dengan lebih jelas dan membolehkan anda menjawab panggilan melalui FreeBuds 3 ini. Designnya juga sangat cool, simple dan selesa untuk dipakai di telinga buat jangka masa yang lama.

HUAWEI FreeBuds 3 ini juga dicipta berdasarkan algoritma generasi Bluetooth yang secara dinamiknya akan menghalang sambungan daripada gangguan WIFI dan terus mengaktifkan noise cancellation membolehkan korang untuk menikmati audio dengan lancar.

Bukan pakej student sahaja yang ada, sebenarnya banyak lagi pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh HUAWEI tau!

Antaranya ada untuk yang gemar bersukan, untuk kaki gamer, untuk mereka yang suka travel dan macam-macam lagilah.

Harganya sangat berbaloi iaitu bermula dari RM8.97 je SEHARI. Korang tinggal nak pilih je yang mana satu sesuai dengan citarasa.

Ingat shopping sahaja ke rambang mata? Nak pilih pakej HUAWEI pun sama lah!

Untuk membeli atau mengetahui pakej lanjut, layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my now!