Masih Mengalami Batuk Teruk, Anak Haziq Hussni Masuk Hospital Lagi

Zulaikha Yusof
Oktober 31, 2018 06:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni berkongsi foto anak keduanya, Chayra Auliya bersama isterinya di hospital.
Menurut Haziq, Chayra dimasukkan ke hospital buat kali kedua kerana menghidap batuk yang teruk tanpa henti hampir sebulan lebih.
Haziq meluahkan rasa sayu apabila anak kecilnya terpaksa menghadapi kesakitan seperti itu.
Chayra telah dimasukkan ke KPJ Tawakal Specialist Hospital untuk pemantauan doktor.
Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia setahun.
#Penyampai radio #Pengacara #Haziq Hussni