Hiburan
"Masih Menghubungi Saya Beberapa Kali Walaupun Sedang Bersama Syifa Melvin" - Anim Ezati Rimas 'Diganggu' Safawi Rasid
Pengacara Anim Ezati Rizki mendedahkan bekas kekasihnya, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid masih menghubunginya biarpun hubungan mereka sudah berakhir sejak Januari lalu.
Pada awalnya, Safawi menerima perpisahan ini dengan baik namun selepas itu perkara yang sebaliknya telah berlaku.
"Pada mulanya Safawi okey tetapi selepas itu dia masih menghubungi saya beberapa kali.
"Tidak cukup dengan saya, dia ada berhubung dengan keluarga dan rakan terdekat saya.
"Saya rasa mungkin Safawi berasa pelik kerana saya tidak mencari dia semula walaupun dia sudah menghubungi saya.
"Kalau dulu, setiap kali dia melakukan kesalahan, saya akan memaafkannya memandangkan kami sudah tiga tahun bersama.
"Namun kali ini, saya sudah membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya tanpa dia.
"Saya juga bersyukur apa yang dilakukan oleh Safawi langsung tidak mengganggu perasaan saya cuma semakin lama, ia merimaskan," katanya kepada Gempak.
Tambah Anim, dia mengetahui tentang hubungan Safawi bersama adik pelakon Syatilla Melvin, Syifa.
"Sebenarnya, saya dapat tahu hubungan Safawi dengan Syifa menerusi peminat.
"Ada segelintir pengikut yang 'tagged' video dan gambar mereka kepada saya. Malah, Safawi sendiri sudah mengaku kepada saya.
"Dalam masa yang sama, Safawi masih cuba menghubungi saya dengan menggunakan nombor kawan-kawannya kerana saya sudah 'block' Safawi di WhatsApp.
"Safawi juga menyatakan dia masih menyayangi serta merindui saya.
"Dia juga menyuruh saya untuk putus dengan teman lelaki saya dan kembali kepadanya.
"Saya berkeras dengan mengugut untuk memberitahu perkara ini kepada Syifa namun dia sangat yakin bahawa saya tidak akan melakukannya.
"Tanggapan itu salah kerana saya sudah memberitahu rakan rapat Syifa tentang apa yang terjadi.
"Niat saya memberitahu perkara sebenar kerana takut apabila semua ini kantoi, ia akan menjejaskan hubungan saya dengan Syifa.
"Selepas beberapa hari, Safawi ada memarahi saya kerana menceritakan perkara ini kepada kawan Syifa.
"Saya masih menyimpan kiriman mesej yang dihantarnya. Jadi, saya beranggapan Syifa sudah mengetahui segalanya. Saya sudah selesai dengan bahagian saya," katanya lagi.
Terdahulu, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu pernah digosipkan dengan Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.