Hiburan
“Masih Pantang Chill Okay, Kenalah Jaga Jangan Asyik Selekeh Dekat En. Mi” – Niena Azman
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman memberitahu dirinya masih berpantang dan tidak salah sekiranya dia mahu bersolek atau kelihatan cantik untuk suaminya.
Niena menegaskan dia masih menjaga pantang dan terpulang kepada orang luar untuk menilai dirinya.
Niena menjelaskan perkara itu menerusi satu posting di Insta Story miliknya baru-baru ini.
“Ramai orang tanya dah habis pantang belum, jawapannya belum lagi. Niena masih berpantang, hari-hari buat treatment pantang.
“Dari awal pagi sampai petang, lepas tu free dah. Chill okay, memang Niena ada keluar dan bersolek bagai…
“Tapi InshaAllah saya tahu limit, lagipun kita kenalah juga jaga jangan selekeh je dekat En. Mi kang dia pandang orang orang lain… Satu hal pula…
“Time-time tengah sauna, tangas ke tunku ke muka macam tak siap kan, time nilah dua-dua diuji. Now tau lah Niena kenapa lelaki bila isteri dia berpantang dia pun kena pantang, pantang tengok perempuan lain,” tulisnya.
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan putera sulung, Adithya Jabbar yang dilahirkan secara normal pada 14 Januari 2019.
Foto: Instagram @niena_azmann
Must-Watch Video