Filem Hantu Bonceng 2.0 lakonan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar dan Shiha Zikir sekali lagi melakarkan momen manis apabila berjaya meraih RM2 juta.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Astro Shaw hari ini.

“HANTU BONCENG BERJAYA RAIH KUTIPAN RM2 JUTA. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton, korang memang power!” maklum kapsyennya.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Tidak dinafikan sejak Hantu Bonceng 2.0 ditayangkan pada 11 Februari lalu, filem ini mendapat respon positif dari peminat filem tempatan.

Malah tidak kurang juga ada yang mengambil peluang untuk menonton sehingga berulang kali bersama keluarga tersayang.

Jadi yang belum menonton tunggu apa lagi ya? Alang-alang duduk dirumah, why not saksikan Hantu Bonceng 2.0. Gelak ketawa sama bersama keluarga, best tau!

Selain Zizan dan Taiyuddin, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.