Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

Asyraf Roslan
03/11/2024 14:27 MYT
Pelakon Farid Kamil berkongsi semula sepucuk surat yang pernah ditulisnya pada hari pernikahan dia dengan isterinya yang juga aktres Diana Danielle.

Menerusi surat tersebut, pemilik nama Farid Kamil Zahari,43, berharap dapat berbahagia bersama isteri tercinta.

"Assalamualaikum. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan.

"Selalu bahagia hingga kita bersatu kembali dalam Rahmat-Nya di syurga nanti wahai isteriku. Selamat hari istimewa,hari ijab qabul kita," tulis Farid pada kad ucapan itu.


Pada kad tersebut juga terpapar tarikh pernikahan mereka iaitu 3 November 2012 dan juga tanda tangannya.

Dalam hantaran di Instagram itu, pelakon yang popular dengan filem Impak Maksima itu memuat naik sekeping gambar sedang menunaikan solat sunat selepas majlis pernikahanya pada 2012.

Dalam ruangan kapsyen Farid turut menyatakan dia berserah dengan segalanya yang dipercayai merujuk kepada kemelut rumah tangganya kepada Allah.

"Kepada Mu ku berserah, kepada Mu ku berlindung. Hanya Engkau Maha mengetahui,” ujar Farid.

Terdahulu, Diana Danielle mengejutkan ramai pihak apabila memgumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya buat kali kedua menerusi media sosial.

Difahamkan Farid yang pada ketika itu berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasratnya untuk berpisah.

Untuk rekod Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac tahun lalu.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

BERITA TRENDING: Berpakaian Seperti Wanita, Diva AA Tak Kisah Dikecam - “Saya Langsung Tak Berkudis”

BERITA TRENDING: Faizal Tahir Bakal Kembali Dengan Album Baharu, Beri Sentuhan Berbeza Untuk Peminat - " Satu Album Yang Agak Lain Dari Kebiasaan "

BERITA TRENDING: Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

BERITA TRENDING: Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

#Diana Danielle #Farid Kamil #Hati #Ulang Tahun Perkahwinan #Surat #Pujuk #Sempena
;