HIBURAN
Masih Rajin Masak Dalam Keadaan Sarat Mengandung, Netizen Doa Atikah Suhaime Mudah Bersalin - “Better Jangan Puasa…”
Perkongsian video memperlihatkan pelakon Datin Atikah Suhaime memasak untuk keluarganya yang dikongsikan di laman sosial sentiasa menarik perhatian netizen.
Masih memasak
Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa bimbang melihat Atikah masih melakukan tugas memasak dalam keadaan dirinya sarat mengandung.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Puji Atikah Suhaime Tak Pilih ‘Stroller’ Jenama Mewah - “Biasa Influencer Kaya Beli…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Datin Pun Beli Dekat TikTok” - Netizen Puji Sikap Rendah Diri Atikah Suhaime Berbelanja Keperluan Bayi Seperti Orang Biasa
ARTIKEL BERKAITAN: Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak, Atikah Suhaime Kongsi Perkara Yang Akan Dirindui Semasa Hamil – “Semua Orang Layan Macam…”
Malah ada juga netizen yang meninggalkan komen mengatakan menyediakan bahan-bahan untuk memasak lagi memenatkan.
Namun pelakon kelahiran Singapura ini memberitahu dia hanya menyediakan masakan sahaja namun segala tugas membasuh pinggan dan mangkuk dilakukan oleh pembantu rumah.
“Selalu Tika sediakan, pinggan maid tolong cuci. Tapi kalau kat Singapura tak ada maid, okay saja Tika masak. Siap open house lagi mama masak,” katanya.
Menerusi ruang komen di perkongsian itu juga, rata-rata netizen mendoakan agar proses kelahiran puteri sulung Atikah nanti dipermudahkan.
Puasa
Bukan itu sahaja, ada juga antara mereka yang meminta Atikah untuk tidak berpuasa kerana bimbang keadaan bayi dalam kandungan memandangkan aktres itu hanya menunggu hari untuk bersalin.
“Tika tak perlu puasa… jangan risikokan kandungan walaupun Tika mampu untuk berpuasa tapi tak perlu la… kesian baby lapar.
“Better jangan puasa... saya pun mengandung waktu puasa dan saya puasa akhirnya anak tak cukup berat... berat anak saya 1.97kg saja,” komen netizen.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.
Hanya menghitung hari kehadiran orang baharu dalam hidup, Atikah sebelum ini mendedahkan dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata perempuan.