HIBURAN
Masih Ramai Yang Keliru, Firdaus Rahmat Nak Buat Lagu Dengan Fahimi - “Saya Rasa Ini Cara Untuk…”
Penyanyi dan komposer, Firdaus Rahmat akui sedikit sedih apabila masih ada yang tidak dapat membezakan dirinya dengan abang kembar yang juga penyanyi, Fahimi Rahmat.
Bagaimanapun, Firdaus atau Muhammad Firdaus Rahmat mengakui antara sebab utama kekeliruan itu berlaku disebabkan Fahimi lebih bijak menggunakan platform digital untuk memperkenalkan diri berbandingnya.
“Sejujurnya ada rasa kecewa sedikit, saya pun tak tahu sebab dah hampir dua tahun orang masih keliru saya dengan Fahimi. Setiap kali jumpa mereka akan cakap oh ini yang ‘terbaring lagi di taman’ kan atau ini yang nyanyi lagu Masa kan.
“Tapi saya rasa kenapa orang lebih mengenali Fahimi sebab dia pandai menggunakan apa yang ada dengan sebaiknya seperti media sosial, kalau saya ni saya jenis introvert dan jarang post content di media sosial jadi sebab tu saya rasa orang lebih kenal dia berbanding saya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Firdaus turut berkongsi impian untuk merakamkan sebuah lagu duet bersama abangnya demi menunjukkan sisi berbeza mereka kepada peminat serta mengurangkan kekeliruan yang timbul.
“Sebenarnya saya sangat teringin nak ada satu lagu dengan abang (Fahimi) saya, dah banyak naskah saya hantar tapi sebab dia banyak job dia sidai saya (berseloroh).
“Sudah semestinya kami mahu ada lagu bersama, lebih-lebih lagi banyak orang masih keliru apabila berjumpa dengan kami berdua. Saya rasa ini cara untuk orang nampak kami berdua itu berbeza adalah dengan adanya sebuah lagu bersama jadi nantikan,” tambahnya.
Must-Watch Video