Viral
Masih Ramai Yang Lepak Kedai Makan…Degilnya! Tak Rasa Bersalah Ke?
Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dua hari lalu, nampaknya masih ada yang tidak mematuhi arahan dikeluarkan.
Menerusi tinjaun Gempak di media sosial, ramai warganet berang apabila tular foto segelintir masyarakat yang masih keluar makan di gerai-gerai.
Lebih menyedihkan apabila ‘tauke’ kedai turut degil serta seperti tidak mengendahkan amaran dikeluarkan kerajaan kerana membenarkan pelanggan makan di kedai mereka.
Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sedang berusaha sehabis baik mengekang wabak ini daripada terus menular, namun seperti tidak diendahkan sebahagian kita?
Mengapa perlu ada sikap mementingkan diri seperti ini? Sebagai rakyat yang bertanggungjawab seharusnya kita lebih prihatin dan membantu.
Tambahan lagi, tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan hanya dikenakan selama 14 hari sahaja bermula 18 hingga 31 Mac di seluruh negara.
Apalah salahnya jika kita membantu sesama sendiri untuk tempoh dua minggu ini sahaja.
Kenang kembali pengorbanan ‘unsung heroes’ kita yang sedang bertungkus lumus bekerja dalam sektor masing-masing untuk memerangi COVID-19 dan menyelamatkan nyawa, disaat anda semua diberikan waktu untuk duduk diam di rumah tanpa keluar ke mana-mana.