Pernah mengalami pengalaman cemas ketika menjalani penggambaran filem Town Mall dua tahun lalu, pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui kadangkala dia masih merasai kesakitan akibat insiden terbabit.

Filem yang mengangkat genre seram itu kini sedang ditayangkan di Astro First bermula 25 Jun lalu.

BACA: Terjatuh Ketika Jayakan Babak Aksi Filem Town Mall, Eizlan Yusof Kongsi Pengalaman Cemas Tak Boleh Bernafas!

"Kadang-kadang, sehingga sekarang saya masih rasa sakit biarpun penggambaran filem itu sudah berlangsung dua tahun lepas.

"Selepas insiden terbabit, memang saya tak pergi berjumpa dengan doktor. Saya pernah pergi berurut dan tukang urut itu katakan, ini merupakan kesan terjatuh akibat kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Eizlan yang memegang watak Rusdi dalam filem Town Mall mengakui dirinya takut untuk berjumpa dengan doktor.


"Saya takut sebenarnya nak berjumpa dengan doktor. Alhamdulillah, keadaan kembali normal selepas kejadian itu tetapi kadangkala, sakitnya masih terasa.

"Selagi saya rasa okay, saya mahu membiarkannya sahaja. Selagi boleh tahan, saya akan tahan... Harapnya semua baik-baik sahaja, Insya-Allah," katanya lagi.

Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.


Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.