"Masih Sayang..." - Aliff Aziz Tak Jadi Ceraikan Bella Astillah!
Asyikin Mayudin
04/04/2024 05:18 MYT
04/04/2024 05:18 MYT
Penyanyi Aliff Aziz mengambil pendirian untuk tidak menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Peguam mewakili Aliff iaitu Hadi Salleh memberitahu mahkamah anak guamnya tidak bersetuju atas permohonan cerai daripada isterinya, Bella Astillah yang difailkan pada 11 Mac lalu.
Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan.
“Benar Yang Arif (tidak setuju). Ini bukan satu keputusan yang difikirkan dalam satu hari. Saya perlu masa untuk fikirkan keputusan,” kata Aliff.
Aliff turut memberitahu mahkamah, dia masih menyayangi isterinya.
“Masih sayang,” ujarnya.
Peguam Bella, Azmi Mohd Rais meminta pihak mahkamah untuk pertimbangkan permohonan perceraian anak guamnya memandangkan mereka merupakan orang yang dikenali.
Bagaimanapun ketika mahkamah bertanya buat kali kedua untuk pengesahan pendirian sama ada setuju atau tidak bercerai, Aliff bagaimanapun masih enggan untuk berpisah.
Mahkamah sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun.
Bella melantik kakak angkatnya, Roslinda manakala ibu Aliff iaitu Siti Hafizah sebagai wakil JKP.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari sebutan pertama pada 13 Mac.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?
Peguam mewakili Aliff iaitu Hadi Salleh memberitahu mahkamah anak guamnya tidak bersetuju atas permohonan cerai daripada isterinya, Bella Astillah yang difailkan pada 11 Mac lalu.
Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan.
“Benar Yang Arif (tidak setuju). Ini bukan satu keputusan yang difikirkan dalam satu hari. Saya perlu masa untuk fikirkan keputusan,” kata Aliff.
Aliff turut memberitahu mahkamah, dia masih menyayangi isterinya.
“Masih sayang,” ujarnya.
Peguam Bella, Azmi Mohd Rais meminta pihak mahkamah untuk pertimbangkan permohonan perceraian anak guamnya memandangkan mereka merupakan orang yang dikenali.
Bagaimanapun ketika mahkamah bertanya buat kali kedua untuk pengesahan pendirian sama ada setuju atau tidak bercerai, Aliff bagaimanapun masih enggan untuk berpisah.
Mahkamah sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun.
Bella melantik kakak angkatnya, Roslinda manakala ibu Aliff iaitu Siti Hafizah sebagai wakil JKP.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari sebutan pertama pada 13 Mac.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.
BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?
BERITA TRENDING: Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!
#Kontroversi
#cerai
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Ruhainies
#Mahkamah
#Khalwat
#Skandal
#Curang
#Muaz Zabir