Rajuk hati Sissy Iman masih belum sembuh... Selepas insiden di pentas sebuah rancangan nyanyian malam tadi, Sissy Iman nekad untuk melepaskan album yang dibikinnya sebagai derma.
Perancangan Sissy untuk melancarkan album terbabit yang dijadualkan pada 2 Februari nanti turut juga lebur.
"2/2/2023 adalah hari yang sepatutnya saya release my official merchandise untuk album yang saya rakamkan tahun lepas di Abbey Road.
"Physical CD dah settle print, kita tengah print mug, tshirt dan beberapa merch yang lain. Kita siap plan nak kumpul rakan-rakan media & kawan-kawan rapat to do a press conference to share album yang sissy usahakan with love ini.
"Tuhan sahaja yang tahu betapa excited i am for it tapi excitement itu mungkin dah lenyap sekarang ini," katanya.
Hasrat Sissy untuk menjual cenderamata istimewa itu serendah RM50 juga terpaksa dilupakan dan menukarkan ia sebagai derma ikhlas kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.
"Pagi tadi bangun, bila nampak CD ni sissy rasa tak boleh tengok. Asalnya sissy nak jual RM 50. Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung.
"Album ni memang telan banyak sangat cost dan semua sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri. Tapi i think i can't even look at it tanpa rasa sedih jadi im letting this album go as donation saja.
"Donation starts at RM 20. Sissy minta maaf sebab kena letak amount untuk sissy cover sebahagian cost printing & postage saja. If korang berminat click link di bio sissy ya. Terima kasih, may Allah bless all of you," ujarnya.
Malam tadi, Sissy gagal menahan sebak hingga menangis ketika dijurikan oleh penyanyi dangdut Mas Idayu selepas membuat persembahan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam versi keroncong.
Amri Hassan
Mon Jan 23 2023


“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow

Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...