,
Hiburan

“Masih Shiera Yang Sama, Saya Akan Cuba Untuk Jadi Lemah Lembut...Kalau Menjerit Saya Cepat-Cepat Istighfar,” – Shiera Dah 3 Minggu Bertudung

Fiza Kamarudin
09/04/2020
00:11 MYT
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah memberitahu sudah tiga minggu bertudung, sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sharifah Shahirah, 46, atau mesra disapa Shiera berkata, niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.
“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.
“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai.
“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,” katanya.
Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berkata, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.
Shiera berkata, dia tetap berkawan dan menghormati orang lain.
“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga.
“Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang.
“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.