Laman Utama

Masih Sihat Bertenaga Di Usia 96 Tahun? Ini Fakta Menarik Tun M Anda Perlu Tahu!

gempak
Hanafis Haris
10/07/2021
04:46 MYT
Sponsor Banner
Masih Sihat Bertenaga Di Usia 96 Tahun? Ini Fakta Menarik Tun M Anda Perlu Tahu!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-96 pada hari ini.

Dengan umur yang menjangkau 100 tahun, Tun Mahathir atau lebih mesra disapa Tun M ini masih kekal sihat bertenaga.

Malah, sehingga kini beliau masih aktif dalam dunia politik tanah air.

Namun, pasti ramai tertanya-tanya apakah perkara tentang Tun M yang rakyat masih belum tahu?

Gempak senaraikan antara perkara menarik tentang Tun M.

#1 Tepati Masa

Perkara ini pernah didedahkan oleh bekas pengawal peribadi Tun M, Saad Hashim.

Menurut Saad, sepanjang berkhidmat selama 30 tahun dengan Tun M, beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat menepati masa.

Bagi Tun M, masa adalah seperti emas dan sangat berharga.

#2 Buku Catatan & Pen Adalah Benda Wajib!

Menurut Saad, tabiat yang masih kekal pada Tun M adalah beliau sering membawa buku catatan dan pen untuk mencatat segala perkara.

Baik berkaitan masalah rakyat atau perkara yang terlintas dalam fikirannya.

Buku catatan dan pen diibarat seperti ‘nyawa’ buat Tun M kerana beliau tidak akan ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar negara.

#3 Tak Makan Ikan

Jangan tak tahu Tun M sebenarnya tidak makan hidangan yang berasaskan ikan.

Perkara itu dididik oleh ibunya sejak kecil lagi.

Tun M juga tidak makan lala dan sotong serta makanan pedas.

#4 Makan Semua Jenis Buah, Kecuali...

Selain itu, menerusi senarai makanan yang didedahkan, Tun M menikmati semua jenis buah kecuali buah naga.

#5 Teh Madu Bersama Lemon Jadi Pilihan

Dari segi minuman pula, Tun M sering dihidangkan air mineral jenama Spritzer, kopi tanpa caffein serta teh madu bersama lemon.

Apapun, semoga Tun M dikurniakan nikmat kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Selamat hari lahir Tun!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024