Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Masih Single, Ibu Dedah Ameera Khan Ramai Kenalan Lelaki - “Semua Orang Dia Panggil Sayang”

Asyraf Roslan
20/10/2024 04:55 MYT

Ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Kartini mendedahkan anak perempuannya, Ameera Khan masih belum mempunyai teman istimewa.

Meskipun masih tidak berpunya, Kartini memaklumkan Ameera mempunyai ramai kenalan lelaki dan mereka semua dipanggil Sayang.

“Belum ada yang serius, semuanya hanya kenalan.

“Ramai juga yang dia kenal, semua dipanggil sayang-sayang. Teman lelaki London tu pun sama, panggil my love my love. Yang Arab pun ada, Ya Habibi (sambil ketawa).

“Nakal la Ameera ini,” kata Kartini.

Pada masa sama, Ameera juga memaklumkan bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana mengikut pesanan ibunya itu.

“Mama kata kita ni muda, kenal dulu ramai-ramai lepas itu pilih yang terbaik untuk dijadikan suami.

“Tak salah pun berkawan, mama pernah cakap untuk saya ada lapan orang teman lelaki, jadi saya ambil nasihat itu,” katanya dalam nada berseloroh.

Ameera turut memaklumkan bahawa dia akan berkongsi kisah peribadinya bersama dengan ibu meskipun ia mengenai teman lelaki.

Sementara itu, Noor Kartini juga menyatakan bahawa tidak salah seseorang itu untuk mempunyai ramai kenalan sebelum mengikat tali perkahwinan.

“Bila kita jadi isteri nanti kita jadi isteri yang baik, yang setia pada suami tapi sebelum kita kahwin kita bebas untuk berkawan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan, 23, selepas ditanya oleh pengikutnya ketika bersiaran langsung di Instagram, pada Sabtu.
#Teman Lelaki #Ameera Khan #Noor Kartini #Sayang
;