Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Masih Solo, Wan Sharmila Tak Memilih Dalam Berkawan

Zulaikha Yusof 14/08/2020 | 01:54 MYT
Pelakon Wan Sharmila akui masih tidak mempunyai pengganti walaupun umur sudah memasuki 39 tahun.
Pernah melalui episod perceraian, wanita yang mesra dipanggil Lala ini masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo.
"Tahun ini kita semua kena hadap pandemik. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut.
"Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ni. Calon pun belum ada," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed menyatakan dia tidak memilih dalam soal berkawan.
"Kalau saya rasa selesa dan sesuai nak kawan dengan seseorang itu, saya akan berkawan.
"Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya.
"Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu," katanya sambil ketawa.
BACA: Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila
Lala pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.
#Kahwin #Kahwin #Wan Sharmila #Solo
;