Masih Steady! Chomel Dapat Kritikan Positif Pengulas Filem, Raih Skor Sebanyak…
Biarpun sudah ditayangkan lebih dua minggu, filem Chomel nampaknya masih menjadi perbualan ramai.
Terbaru, Chomel telah menerima ulasan dan kritikan daripada pengulas filem di Instagram iaitu Wayang People.
Menerusi satu posting terbaru, laman itu memberi Chomel markah sebanyak 7.9/10.
Menurut Wayang People, Chomel mempunyau unsur kekeluargaan yang cukup dan dapat dirasa hingga meresap ke sanubari.
“Kudos to @zahiriladzim sebab kitorang jarang tengok dia bawa watak sebegini, and dalam cerita ni the way dia portray the careless comedic character tu jadi, adalah beberapa kali kitorang tergelak.
“Same goes for child actor Airiezara Jasmin and Yuyun Hikmah yang berjaya bawa watak adik beradik dengan chemistry yang kuat.
“Part emosi pon mereka dua berjaya bawak dengan cemerlang.
“Kitorang anggap cerita ni as a family comedy movie and the comedy part dalam cerita ni ternyata sampai dengan acting yang tak overdone and berjaya membuat kita untuk chuckle beberapa kali,” kata pengendali akaun tersebut.
Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.
Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.
Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.
Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.
Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.
Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.
Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.