Biarpun telah ditayangkan sejak 22 Oktober lalu, filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) masih berada di kedudukan pertama carta Astro First.

Kedudukan itu sekali gus menjadikan MTTM sebagai filem paling banyak ditonton ketika ini.

Malah, dengan kutipan sebanyak RM5 juta yang dicapai semalam, MTTM turut berjaya menewaskan filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini memegang rekod dalam carta Astro First.

Menerusi posting terbaru di Instagram Astro Shaw, MTTM berada di tempat pertama manakala Kelaster dan Jebat masing-masing di kedudukan kedua dan tiga.

Filem Butak serta koleksi filem seram pula berada di kedudukan keempat dan lima.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Mael Totey masih lagi bertahan di tangga pertama carta hari ini.. Ada lagi ke yang belum tonton? Mana yang tengah lepak kat rumah tu jangan lupa tonton okay! . MAEL TOTEY Kini Di Pawagam Rumah Anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480. . Anda juga boleh strim MAEL TOTEY di Astro Go atau On Demand. . “Kita lain, mereka sama” . @syahmisazli @asifsuhaimi02 @yoe_parey @snenbdm @aweenismail @bedol_91 @yatim_pak_abu @qstiena @_misssasa @anissafaizul @putry_mohd @aznahamid @hushairihusain @kamaroolkhy_ @daleryusuf @poyiegasi #MaelTotey #MaelToteyTheMovie #MTTM #KitaLainMerekaSama #DiPawagamRumahAnda #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.