Masih Steady! Mael Totey The Movie Kekal No.1 Biarpun Hampir 2 Minggu Ditayangkan!

Hanafis Haris
November 4, 2020 16:22 MYT
Biarpun telah ditayangkan sejak 22 Oktober lalu, filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) masih berada di kedudukan pertama carta Astro First.

Kedudukan itu sekali gus menjadikan MTTM sebagai filem paling banyak ditonton ketika ini.

Malah, dengan kutipan sebanyak RM5 juta yang dicapai semalam, MTTM turut berjaya menewaskan filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini memegang rekod dalam carta Astro First.

Menerusi posting terbaru di Instagram Astro Shaw, MTTM berada di tempat pertama manakala Kelaster dan Jebat masing-masing di kedudukan kedua dan tiga.

Filem Butak serta koleksi filem seram pula berada di kedudukan keempat dan lima.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

#MTTM #Mael Totey The Movie