Masih Terima Rawatan, Jasmin Hamid Kongsi Foto Terbaru Wan Maimunah di Hospital

Kamaruddin Razal
Ogos 16, 2018 02:28 MYT
Pelakon Jasmin Hamid berkongsi foto terbaru aktres veteran, Wan Maimunah yang masih menerima rawatan di hospital menerusi laman Instagram miliknya.
Ditahan di Wad Kenanga 2B, Hospital Alor Gajah, Melaka, Jasmin memaklumkan bahawa pelakon yang mesra dipanggil Ibu itu sedang dirawat kerana penyakit asthma dan kemungkinan terkena jangkitan kuman paru-paru.
Jasmin juga berkongsi nombor akaun milik Ibu untuk peminat yang bertanya bagaimanakah caranya untuk memberikan sumbangan kepada aktres terbabit.
Sebelum ini, pada akhir November 2016, Ibu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.
Teks: Kamaruddin Razal
#Jasmin Hamid #Wan Maimunah