Masih Tiada Rappers Bertanding Sebanyak Saya, Altimet Undur Diri Daripada AJL

Rozaimi Zubaidi
Februari 13, 2018 02:43 MYT
Penyanyi Rap, Altimet mengakui bersyukur apabila diberi peluang untuk bertanding sebanyak empat kali dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Altimet berkata sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia memberi peluang kepada penyanyi lain untuk mengentengahkan bakat mereka di pentas itu.
"Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah, sudah 4 kali saya bertanding di AJL32, AJL30, AJL28 dan AJL26.
"Cukuplah tu, semalam saya labuhkan tirai penglibatan saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu kerana masih tiada rappers yang bertanding dalam AJL sebanyak saya.
"Saya kata ni bukan kerana riak, tapi kerana ini tanda dari Allah kepada saya untuk mengundurkan diri, membuka jalan untuk yang lain.
"Saya doakan nanti ada seorang atau sekumpulan rappers yang akan pecahkan record saya ni. Terima kasih semua yang mengundi dan semua yang menyanyi bersama," tulisnya.
Rata-rata pengikut redha dengan keputusan yang dilakukan oleh Altimet dan mereka berharap agar dia berjaya pada masa akan datang melalui lagu-lagu yang lebih menarik.
#Altimet #Penyanyi Rap #Altimet #Penyanyi Rap