Masih Tunang Orang, Remy Ishak Nafi Hubungan Dengan Ezza Yusof Retak

Amri Hassan
November 6, 2017 07:48 MYT
"Ya, saya masih tunangan orang!" demikian tegas Remy Ishak ketika ditanya tentang desas-desus keretakan hubungannya dengan tunang, Ezza Yusof.
Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimie Ishak, 35, memberitahu sehingga kini mereka masih belum menetapkan tarikh pernikahan dan membuat sebarang persiapan.
"Sehingga kini kami masih belum ada tarikh untuk berkahwin, tidak pasti tahun depan atau bila.
"Tengoklah, kalau setahun belum rasa okey, saya akan panjangkan lagi tempohnya.
"Pertunangan ini satu tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat, jadi mesti ada cabaran masing-masing," katanya kepada Astro Gempak.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.
Remy dalam pada itu masih mengambil pendekatan sama untuk tidak berkongsi lebih mendalam tentang hubungan peribadinya.
"Saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita tentang kisah peribadi kerana risau tak jadi.
"Lagipun, saya belum bersedia berkongsi sebab hubungan ini tidak sampai ke tahap yang sepatutnya (berkahwin).
"Kalau boleh biarlah saya seorang sahaja yang jadi selebriti. Saya tak suka mendedahkan banyak sangat kisah pasangan saya sebab nanti dia perlu berdepan banyak perkara," tambah Remy.
Pada malam Anugerah Skrin 2017, Remy membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi naskhah Pesan Dari Tuhan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @remyishak
#Remy Ishak #Tunang #Ezza Yusof