Biarpun sudah ditayangkan bermula 31 Oktober lalu, filem seram Pusaka masih menjadi pilihan penonton!

Buktinya, naskhah itu berada di tempat kedua carta Top 10 Movies GSC.

Kehadiran filem antarabangsa lain tidak melemahkan semangat penonton untuk menyaksikan filem Pusaka!

Buah tangan sutradara Razaisyam Rashid ini juga telah berjaya meraih kutipan lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan!

Berita gembira itu dikongsi oleh laman sosial Instagram Astro Shaw.

Wahh Pusaka masih berada dalam carta la! Terima kasih semua kerana menonton. Ada ke yang belum tengok lagi? Kalau belum jom beli tiket sekarang.. . Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #Pusakachallenge #DiaDahDatang Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


"Wahh Pusaka masih berada dalam cartalah! Terima kasih semua kerana menonton.

"Ada ke yang belum tengok lagi? Kalau belum jom beli tiket sekarang," tulis pengendali akaun.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.