Pernah berdepan situasi di mana lagunya tidak mendapat sambutan dalam kalangan pendengar akibat tidak dimainkan di stesen radio, Arja Lee masih tidak putus asa untuk terus berjuang sebagai penyanyi.
Ujarnya, dia melalui pengalaman yang sukar ketika mahu mempromosikan tiga lagu yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
"Dulu saya pernah dua kali mencuba nasib dalam program Akademi Fantasia tapi saya masih bersemangat untuk jadi penyanyi sehingga menghasilkan tiga single," katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun, Arja mengakui ia bukan mudah untuk mempromosikan sesebuah lagu baru itu dimainkan di stesen radio sehingga diminati pendengar.
"Lagu saya seperti Cerita Pada Mereka dan Bintang Malam memang 'tak jalan'. Memang apabila tiada Pegawai Pehubungan Awam (PRO), susah untuk saya 'push' lagu tersebut ke stesen radio apatah lagi syarikat rakaman sedia ada lebih mempromosikan artis residen mereka sendiri," katanya.
Akuinya, dia pernah bersembang dengan salah seorang komposer yang memberitahu wujud situasi di mana penyanyi perlu membeli 'viewer' atau penonton di YouTube untuk menaikkan ratings.
"Dia mengatakan untuk memastikan 'viewer' sekurang-kurangnya mencecah 1 juta, penyanyi itu boleh membeli 'viewer' tersebut.
"Ada juga dakwaan kononnya lagu itu perlu mencecah 1 juta 'viewer' untuk dimainkan di stesen radio. Ada juga terpaksa membayar lebih RM2,000 semata-mata membeli 500,000 'viewer'," katanya.
Meskipun wujud 'permainan kotor' dalam industri muzik tempatan, Arja membuat keputusan lebih baik menggunakan wang sendiri dengan cara lain daripada bertindak membeli 'viewer'.
"Saya kini sedang membuat single terbaru yang keempat dan saya tidak mahu putus asa untuk buat lagu baru walaupun kecewa dengan industri kita sendiri.
"Buat masa ini, saya masih menerima undangan menyanyi untuk persembahan makan malam dan berlakon.
"Bagi saya, menyanyi penting buat seorang pelakon jika dia mahu terbabit dalam pementasan teater muzikal yang memerlukan pelakon itu menyanyi," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @arjalee
Elrafaei Sapi
Mon Oct 08 2018


“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Ya Allah, doakan Ronnie cepat sembuh.

"Mak Ayah Aku Ajar Hormat Orang Tua Tak Kira Pangkat Atau Darjat" - Idris Khan
Idris Khan bersikap tegas

Lufya Buat Laporan Polis, Nafi Dipukul Bekas Suami - "Jangan Babitkan Dia, Biar Polis Buat Kerja"
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan sudah membuat laporan polis pada pagi Rabu
.jpg?ext=.jpg)
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.
.jpg?ext=.jpg)
Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney

Pelakon Law & Order, Mary Mara Meninggal Dunia Kerana Lemas
Pelakon yang cukup terkenal dalam beberapa drama siri termasuk ER, Nash Bridges dan Law & Order, Mary Mara dilaporkan meninggal dunia.

Makan Malam Romantis, Kamal & Uqasha Terkenang Kembara Bulan Madu Dalam Episod Akhir The House
Wajib tonton episod malam ni.