Sebagai peminat telur masin atau salted egg, aku memang gilakan semua masakan yang berasaskan makan ini.

Cakap sahaja apa yang aku tak pernah makan, udang atau sotong goreng masak telur masin, pasta masak telur masin, dan terbaru kegilaan snek aku adalah salted egg fish skin!

Tapi bila Domino’s melancarkan piza perisa telur masin, aku macam tak percaya! Biar betul? Lagipun aku macam tak pasti apakah rasanya bila gabungan itu berlaku. Mungkin menjadi atau mungkin juga tidak sesuai.

Telur masin bergabung dengan piza? Sebelum mencuba itu pelbagai tanggapan yang bermain difikiran aku ni, termasuk adakah ia akan rasa memuakkan atau terlebih masin?

Namun setelah mencuba, aku benar-benar terkejut dan tidak percaya! Piza telur masin paling enak pernah ku cuba.


Domino’s memperkenalkan tiga jenis piza yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin.

Tiga jenis itu adalah Royale Delight Pizza yang mana ditaburi cendawan, tomato serta lada benggala; Royale Chicken Pizza pula gabungan isi ayam, cendawan serta tomato dan beberapa ramuan asas lain; dan Royale Tuna Pizza pula adalah gabungan makan laut yang turut dipadankan bersama rasa telur masin.


Pada aku, ramuan unik ini berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza sos telur masin yang kaya dengan rasa lemak yang enak.

Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim sehingga melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Rasa asli piza masih lagi terasa dan gabungan ia sangat sempurna serta menyelerakan!

Bayangkan rasa piza bila digabungkan dengan rasa masin lemak berkrim dari taburan serbuk telur masin ini ia memang benar-benar terangkat dan lazat meresap ke dalam mulut.

Jika orang tanya bagaimana rasa keenakan ini, jawapan aku mudah iaitu memang luar biasa! Hanya Domino’s sahaja berani mempertaruhkan rasa telur masin di dalam piza mereka.

Paling best! fenomena #eggstraShiok ini, datang sekali dengan Royale Chicken wings and Royale Cheesy Stix yang mana kedua-duanya berasaskan telur masin.


Terus-terang aku cakap anda wajib rasa dua hidangan ini sekali selepas menikmati piza telur masin kerana ia lebih terangkat apabila ayam dan roti stix itu juga disaluti sos dan serbuk telur masin.

Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatic itu sangat enak sehingga aku sukar untuk berhenti menikmatinya! Royale Cheesy Stix itu pula cukup kaya dengan rasa lemak telur masin yang enak sehingga menjilat jari.




Kesimpulannya, anda di luar sana perlu cuba keenakan luar biasa yang mungkin sementara ini. Jangan lepaskan peluang untuk merasa letusan keenakan telur masin di dalam hidangan istimewa yang disediakan oleh Domino’s ini.

Sedikit tips dari penulis, jika anda bukan peminat telur masin, mungkin anda boleh mencubanya dengan mencampurkan sedikit bersama chili flakes dari Domino’s untuk membangkitkan lagi rasa piza.

Dengan ini, penulis beri 9 daripada 10 markah untuk semua hidangan #eggstraShiok dari Domino’s.

Selain itu, menariknya anda juga berpeluang memenangi bekalan pizza dari Domino’s selama setahun dengan peraduan #EggstraShiok sekarang!


Mudah sahaja, dengan mengikuti empat langkah mudah anda layak untuk menyertai peraduan
#EggstraShiok sekaligus memenangi bekalan pizza dari Domino’s selama setahun.
Empat cara mudah itu adalah seperti berikut;

1. Ambil gambar anda dengan gaya isyarat Eggstra Shiok paling kreatif. Anda boleh dibantu
dengan barang-barang seperti tangan, syiling, cermin mata, telur, atau apa sahaja.
2. Muat naik gambar tersebut di akaun Facebook atau Instagram anda.
3. Hashtag #EggstraShiok and #DominosSaltedEgg di dalam entri tersebut.
4. Tag laman rasmi Domino’s Pizza Malaysia (@DominosMY) untuk entri tersebut

Pemenang akan dipilih setiap minggu dan menariknya anda boleh menghantar peraduan itu
sebanyak mana yang anda mahu.

Pemenang tempat pertama bakal memenangi bekalan pizza selama setahun iaitu 12 pizza saiz Xtra
Large Pizzas

Manakala tempat kedua bakal memenangi bekalan pizza selama setahun iaitu 12 pizza saiz Large
Pizzas.

Tempat ketiga pula bakal memenangi bekalan pizza selama setahun iaitu 12 pizza saiz Regular Pizzas.
Jadi jangan lupa ikuti laman Facebook Dominos setiap minggu

“Eggstra Shiok” merupakan pizza baru di Domino’s Pizza. Domino’s telah melancarkan menu terkini
iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang
dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra
kick” yang enak.

Terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale
Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini
adalah sos telur masin.

Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan
rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang
disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik.

Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken
Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia sekarang!

Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam
talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.