Sebuah drama besiri berjudul Korban Kasih menerima kritikan wargamaya apabila menampilkan pelakon-pelakon berusia sebagai pelajar sekolah.

Menerusi laman sosial Twitter, akaun rasmi stesen penyiaran RTM berkongsi satu sedutan drama tersebut untuk tujuan promosi.

Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah pemilihan pelakon Saharul Ridzwan, Azrel Ismail dan Zara Zya sebagai pelajar sekolah.“Dah tak ada pelakon remaja ke muka masing-masing pun macam dah 36 kali baligh,” tulis seorang pengguna menerusi satu kicauan yang tular.

Menerusi sedutan drama tersebut, Saharul, Azrel dan Zara dilihat memakai pakaian seragam sekolah dimarahi oleh ibu mereka yang dilakonkan oleh aktres Dynas Mokhtar.

Hasil tinjauan Gempak di ruang Twitter, rata-rata wargamaya mengecam tindakan pemilihan pelakon yang semuanya berusia 30-an ke atas untuk menjadi pelajar sekolah.

“Cerita macam okay, tengok pelakon pun okay. Tapi spoil betul bila watak remaja kekal pelakon dewasa. Turn off nak tengok yang perempuan muka ketara dah tua merengek mcm budak-budak tak sesuai gayanya. Yang lelaki masing-masing badan bukan main tough. Scene remaja ni kejap je kot bagillah pelakon remaja 3 orang je pon,” tegur seorang wargamaya.



“Nak buat cerita fikir logik la kalau ye pun nak pakai pelakon macam budak sekolah jangan main ambil je umur gaya macam bapak budak banyak lagi kot pelakon muda kat Malaysia ni,” luah seorang wargamaya.

“Main gim dari darjah 3 ke apa budak sekolah ni? Sado semacam je,” tanya seorang wargamaya.

“Gila apa muka masing-masing dah ada nombor caruman KWSP nak berlakon jadi budak sekolah?” komen seorang wargamaya.

“Agak-agak la tua bangka katanya budak sekolah kalau stok awet muda macam Syafie Naswip tak apa la jugak,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, kicauan pengguna tersebut telah menerima hampir 27,000 ulang kicau dan 24,000 tanda suka daripada warga Twitter.