Masing-Masing Tercengang! Maya Karin Muntah Darah Di Set MeleTOP, Oh! Rupa-Rupanya ...

Amri Hassan
Ogos 29, 2018 06:04 MYT
Produksi rancangan MeleTOP digemparkan dengan insiden pelakon popular Maya Karin muntah darah ketika mula bersiaran malam tadi.
Situasi itu menyebabkan bukan hanya penonton malah kedua-dua hos MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa cuak.
Tidak terhenti di situ, dua pelakon utama filem Munafik 2, Syamsul Yusof dan Nasir Bilal Khan turut menggelabah dan tercengang.
Maya kemudiannya bangun daripada tempat duduk sambil memanggil-manggil nama pengurusnya.
Situasi tegang itu bagaimanapun kembali reda apabila Maya kembali muncul ke pentas sambil ketawa.
"I'm coming back, okey tak? Menjadi tak saya berlakon?" kata Maya sambil menyapu darah pada mukanya.
Situasi itu membuatkan penonton bersorak sambil bertepuk tangan memuji gimik yang dibuat Maya.
Di Twitter pula, netizen kebanyakannya terhibur dengan gelagat Nabil dan Neelofa yang panik.
"Tak sia-sia Maya Karin dinobatkan primadona," tulis pengguna @joseryzal.
"Maya Karin punya gimik is real! Aku kat rumah dan menggelabah," tambah @anishisam.
"Gimik ni bila pelakon legend buat barulah feel, macam Maya Karin buat," tulis @_NuraqilahHuda.

Real siaaa bile @maya_karin tetibe muntah darah sampai babil @NabilAhmad83 cuak + pucat muke dia td#MeleTOP

— Adrian Hilman #CintaBukanKristal (@joseryzal) August 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak boleh blah tgk muka nabil ngan @Neelofa panic bila @maya_karin buat gimmick tuu #MeleTOP

— andiafandi (@afikafandi) August 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semua dikejutkan dengan gimmick @maya_karin ? Ha tercengang semua eh! Hahahaha! Menjadi tak gimmick tadi guys?! #MeleTOP pic.twitter.com/mwND5AXNua

— MeleTOP (@MyMeleTOP) August 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Munafik 2 yang turut dibintangi Datuk Fizz Fairuz, Mawi dan Fauzi Nawawi akan mula ditayangkan di 140 pawagam seluruh negara mulai esok (30 Ogos).
#Viral #Meletop #Syamsul Yusof #Indonesia #Viral #Maya Karin #Munafik 2