HIBURAN
Masing-Masing Nyanyian Amsyar Lee Raih Pujian, Netizen Mahu Versi Penuh - “Merdu, Sampai Hari-Hari Nak…”
Penyanyi, Amsyar Lee mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan semula lagu Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri dalam versi klasik
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amid Syafiq Mohd Sadri bukan sahaja menyanyikan tersebut dengan gaya tersendiri malah menyuntik elemen sinematik apabila turut menyelitkan sedutan filem epik Puteri Gunung Ledang yang dibintangi Puan Seri Tiara Jacquelina dan Datuk M. Nasir.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan berharap versi penuh lagu itu dapat diterbitkan di platform digital seperti Spotify dan YouTube.
Antara komen menarik yang ditinggalkan termasuk:
“Tengah bayangkan main lari-lari dekat taman dalam istana lepas tu jatuh rupanya mimpi.
“Please nak penuh, nak dengar dekat spotify dengan youtube.
“Lagu Masing-Masing di Puteri Gunung Ledangkan.
“Merdu, sampai hari-hari nak dengar.
“We need the full version.
“Puteri Gunung Ledang broken nyanyi lagu Masing-Masing eh,” tulis netizen.
Sekadar info, Amsyar Lee pernah tular selepas menyanyikan beberapa lagu dengan meniru beberapa suara penyanyi.
Antara penyanyi yang berjaya ditiru adalah Elizabeth Tan, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Rata-rata netizen memuji kemampuan bakatnya selain menyifatkan Amsyar sangat bertuah kerana memiliki keunikan tersebut.
Must-Watch Video