Viral

Masitah Tak Perlu Guna Kerusi Roda Lagi, Dah Boleh Berjalan & Berlari-Lari Anak! - "Rasa Hidup Kena Reset"

gempak
Amri Hassan
03/02/2024
07:50 MYT
Sponsor Banner
Masitah Tak Perlu Guna Kerusi Roda Lagi, Dah Boleh Berjalan & Berlari-Lari Anak! - "Rasa Hidup Kena Reset"
"Alhamdulillah saya sudah tidak perlu menggunakan kerusi roda sejak lebih sebulan lalu," demikian kata usahawan Masitah Mohd Affandy yang kini tidak perlu bergantung dengan kerusi roda selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac tahun lalu hingga mengakibatkan dia buta kedua matanya.

BERITA TRENDING: “Sayang Saya Lagi Tak?”- Cacat Penglihatan & Wajah Berubah, Jawapan Suami Selepas Kemalangan Buat Masitah…

Masitah berkata, dia juga sudah mula mendapat deria bau selepas hampir sembilan bulan kehilangan nikmat itu.
"Sebenarnya doktor belum beri lampu hijau untuk saya berdiri dan berjalan lagi. Doktor yang merawat minta saya melalui beberapa proses fisioterapi terlebih dahulu.
"Tapi saya ini agak degil dan mahu cepat sembuh. Jadi saya cuba cabar diri dengan melakukan beberapa senaman untuk kuatkan otot. Alhamdulillah pada fasa sekarang ini saya sudah boleh 'lari-lari anak' dengan suami.
"Saya juga sudah dapat kembali deria bau tapi tidak pulih sepenuhnya. Kalau sebelum ini langsung tidak boleh bau apa-apa tapi sekarang saya dapat nikmat itu untuk beberapa jam.
"Berkenaan dengan mata saya pula, doktor sudah sahkan saya buta sepenuhnya dan peluang untuk kembali pulih sudah tiada, tapi saya tetap berikhtiar dengan mendapatkan beberapa pandangan daripada pakar mata," katanya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Aminahtul Mardiah, Dr. Say Shazril, Dr. Syed Aliff Fauzan, Mashy & Muhammad Noor Finalis Top 5 Digital…

Masitah yang tercalon sebagai Top 5 Motivator Digital Tergempak, Anugerah Gempak Most Wanted 2023 akui tidak menangis ketika mula berdiri semula.
"Saya rasa hidup saya ini seperti kena 'reset' semula. Ketika ditahan di hospital selama 12 hari saya tidak boleh buang air kecil atau besar secara normal.
"Namun memasuki hari ke-13, saya sudah boleh menguruskan diri. Setiap satu perkara yang saya dapat buat sekarang saya sangat bersyukur dan seolah-olah seperti dilahirkan semula.
"Saya gembira kerana Allah beri peluang kedua ini untuk saya melalui semua ini walaupun tidak seperti bayi yang baru lahir.
"Saya tidak menangis ketika boleh berjalan dan berdiri, tetapi saya gembira apabila kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik," katanya.
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

PILIHAN PEMBACA: ​Mashy Rindu Nak Tatap Wajah Suami, Tengok Kaabah | Motif Trending

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024