The Masked Singer Malaysia: Aznil Nawawi, Michael Ang & Remy Ishak Antara Pilihan Juri Dalam Kalangan Penonton

Zulaikha Yusof
Oktober 9, 2020 04:20 MYT
Program The Masked Singer Malaysia bakal memasuki minggu keempat bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).
Setiap minggu program ini menarik perhatian penonton dengan gelagat dan telatah para peserta serta juri tetap.
Membariskan sembilan orang juri dalam satu program yang terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak adalah satu kelainan.
Di sini, Gempak kongsikan pilihan juri yang sering menjadi bualan utama penonton di laman media sosial:
1. Datuk Aznil Haji Nawawi
Lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ini sering memberi jawapan dan fakta yang tepat sewaktu meneka.
Dari situ menunjukkan Pak Nil seorang yang study dahulu sebelum hadir ke sesi rakaman.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya memuji kepandaiannya berfikir dan seterusnya meletakkan Pak Nil sebagai pilihan pertama juri yang disukai.
2. Michael Ang
Walaupun terpaksa berulang-alik Kuala Lumpur ke Cherating, Michael tetap memberi komitmen yang tinggi ketika pertandingan berlangsung.
Selain Pak Nil, Michael juga sentiasa melantunkan jawapan yang bernas berdasarkan klu-klu yang diberikan.
Eh! Jangan lupa tengok drama arahan Michael, Perempuan Tanpa Dosa pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).
3. Nabila Huda
Bukan sahaja seorang yang well-prepared untuk penampilannya, Nabila atau lebih dikenali dengan Abil ini sentiasa bersedia dengan jawapan ketika diminta oleh hos, Datuk AC Mizal.
Walaupun kadang-kadang ada juga tersasar jauh namun jawapan yang dikeluarkan oleh Abil sering menjadi ikutan penonton.
4. Remy Ishak
Pelakon yang berkulit sawo matang ini antara punca kaum wanita duduk tidak berganjak dari depan televisyen.
Kreatif dengan pilihan jawapan, Remy menunjukkan sisi yang berbeza dalam program ini.
5. Zizan Razak
Siapa perasan Zizan akan beri fakta yang tepat tetapi hujung-hujung jawapannya mesti menggelikan hati.
Itu peranannya sebagai seorang pelawak yang akan menghiburkan semua orang terutamanya penonton.
Jangan ambil serius sangat dengan lawak Zizan. Kita perlukan hiburan..
Selain itu, Ella, Raja Azura, Ramona Zamzam dan Angah Raja Lawak masing-masing mempunyai karakter tersendiri.
Hasil gabungan sembilan orang juri ini dalam The Masked Singer Malaysia adalah pilihan tepat kerana semestinya penonton tidak akan berasa bosan.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Juri Tetap #The Masked Singer Malaysia