Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan situasi sebenar ketika sesi rakaman program The Masked Singer Malaysia berlangsung selepas rata-rata penonton mengecam juri tetap.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, dia menyatakan para juri tidak berjaya meneka dengan betul disebabkan persekitaran teater yang bising.

"Jangan la cakap kami slow! Sebenarnya korang kat rumah untung!

"Boleh dengar suara peserta #themaskedsingermalaysia sebiji-biji untuk buat tekaan lebih tepat berbanding kami!

"Kami sukar buat penilaian di dewan sebab keadaan bergaung dan muzik live yang kuat. Jadi, tu sebab tekaan kami asek ke laut dalam," tulisnya.

Penjelasan itu dibuat menerusi kicauan yang dibuat di laman Twitter miliknya semalam.

Tambah Pak Nil, disebabkan itu para juri sering kelihatan bertekak memandangkan masing-masing mempunyai tekaan sendiri.

"Yang kami mampu lakukan adalah pakai baju cantik-cantik ja dan bertekak sesama kami. Semua cakap diorang yang betul tapi sampai ke sudah hampeh," tulisnya lagi.

Sebelum ini, para juri dilemparkan kata-kata kurang enak selepas tidak dapat berjaya meneka peserta tersingkir dengan betul.Pak Nil bersama Michael Ang, Raja Azura, Ella, Nabila Huda, Zizan Razak, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk duduk di kerusi juri tetap.

Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

BACA: Musang King Tersingkir, Ini Recap The Masked Singer Malaysia Minggu Keempat​

BACA: The Masked Singer Malaysia: Zain Hamid Berjaya Sorok Identiti Sampai Tersingkir, "Muka Remy Memang Terkejut Sebab ..."