gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Nahas FRU: Lori Pasir Alami Kegagalan Fungsi Stereng - Polis
BERITA
8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan
VIRAL
"Saya Dengar Ibu Gajah Menangis, Dapat Rasa Ia Sedang Meratapi Kehilangan Anak" - Saksi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Masterpiece! Ini 5 Filem Wong Kar Wai Wajib Tonton!

gempak
Hanafis Haris
27/01/2022
10:53 MYT
Sponsor Banner
Masterpiece! Ini 5 Filem Wong Kar Wai Wajib Tonton!
Jika ditanya siapakah antara pengarah filem China yang sangat dikagumi, pastinya Wong Kar Wai antara yang paling disebut-sebut.
Melihat hasil karyanya terdahulu, kesemua filemnya boleh dikatakan sangat ‘masterpiece’.

Jika diteliti tentang hala tuju arahan filemnya, kebanyakannya mempunyai hasil seni yang cukup memukau.

Sinematografi? Itu antara kekuatan Wong Kar Wai! Belum lagi dicampurkan dengan elemen bunyi, color grading dan hasil lakonan pelakon-pelakonnya!

Jika anda tertanya apakah filem Wong Kar Wai untuk ditonton, berikut merupakan karya anda wajib saksikan

#1 In The Mood For Love (2000)

Filem melankolis cinta yang cukup hebat! Filem ini berlaku pada sekitar tahun 1962 di Hong Kong.

Dengan runut bunyi cukup mengagumkan oleh Shigeru Umebayashi, ia merupakan satu karya seni Wong Kar Wai yang wajib tonton!

#2 Chungking Express (1994)

Filem ini menjalani penggambaran hanya 23 hari, namun hasilnya cukup memukau.

Kisah mengenai Cop 223 (Takeshi Kaneshiro) membeli tin nanas dengan tarikh luput 1 Mei setiap hari, melambangkan hari dia akan melupakan cintanya yang hilang.

Pada masa sama, dia juga memerhatikan seorang wanita misteri berambut perang, namun tidak menyedari hakikat bahawa dia seorang pengedar dadah.

Menarik bukan?

#3 Fallen Angles (1995)

Sebuah filem pembunuh upahan yang sangat cantik. Penggunaan kamera lebar yang luar biasa sangat terserlah dalam filem ini.

Filem ini dianggap antara karya masterpiece Wong Kar Wai.

#4 Happy Together (1997)

Wong Kar Wai dengan beraninya menghasilkan filem tentang hubungan sejenis.

Filem ini sangat berpengaruh kerana ia dibintangi pelakon popular Tony Leung Chiu Wai dan Leslie Cheung.

#5 2046 (2024)

Salah satu filem Wong Kar Wai yang sangat cantik dan kemas dari segi visualnya.

Menerusi filem ini, beberapa wanita ‘memasuki’ kehidupan pengarang selepas dia kehilangan wanita yang dianggap cinta sejatinya.

Anda wajib saksikan filem ini!

Apapun kesemua filem hebat Wong Kar Wai ini boleh ditonton di platform MUBI.

Topic Berkaitan
#Viral
#Filem
#WongKarWai
Must-Watch Video