Berita

"Masuk KLCC Pertama Kali Aku Naik Tangga Bergerak, Aku Jatuh" - Ini Luahan Wani Comel

gempak
ZULHILMI JALIL
08/12/2020
18:32 MYT
Sponsor Banner
"Masuk KLCC Pertama Kali Aku Naik Tangga Bergerak, Aku Jatuh" - Ini Luahan Wani Comel
Wanita yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel berkongsi luahan hatinya mengenai insan sekeliling yang banyak berjasa dalam kehidupannya.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia berasa bertuah apabila dirinya didatangkan dengan insan yang benar-benar ikhlas ingin membantunya.
"Aku bersyukur dikelilingi orang-orang yang baik dan tak pernah berkasar dengan aku. Sanggup dari jauh bersusah-payah ambil aku.
"Aku rasa seperti duduk dengan kakak dan abang aku sendiri. Aku dijaga bak adik kandung sendiri," luahnya menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Bahkan menurut Wani, ketika kedatangannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini, dia dilayan cukup baik.
Biarpun berdepan dengan kekurangan fizikal akibat masalah berat badan melampau, dirinya sedikit pun tidak berasa terasing.
"Dibawa berjalan-jalan tengok KLCC, bawa aku pergi makan, belikan aku kasut, beli barang keperluan aku tanpa berkira sama ada mahal atau murah.
"Tak pernah sikit pun malu bawa aku keluar walau aku gemuk, pakaian buruk.
"Aku ingat lagi masa masuk KLCC pertama kali aku naik tangga bergerak dan aku jatuh. Abang-abang dan kakak-kakak akulah yang pegang tangan aku dan tarik aku," ceritanya.
Pada masa sama, Wani turut memanjatkan rasa syukur dengan semua insan yang banyak membantunya selama ini.
"Ya Allah, terima kasih temukan aku dengan insan-insan hebat ini. Semoga rezeki mereka melimpah ruah di dunia dan di akhirat," katanya.
Terdahulu, Wani yang berasal dari Jerantut, Pahang, dibawa ke Kuala Lumpur bagi mengadakan sidang media berhubung kemelut mengenai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak produk kurus bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri.
BACA: "Kepada Wani Terima kasih. Awak nak saman saya? Kerjalah Adik Wani Sayang Oii" - Aliff Syukri Bakal Jawap Tuduhan Wani Comel
Bagaimanapun, sehari kemudian, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya akibat masalah jangkitan kuman di paru-paru.
BACA: Wani Chomel Masuk Wad, Jangkitan Kuman Di Paru-Paru – “Doktor Akan Scan Juga Di Perut Bimbang Dijangkiti…”
Sebelum ini, kisah Wani pernah mencuri tumpuan umum ekoran masalah berat badannya yang mencecah 300 kilogram sehingga dirinya tidak mampu berjalan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live