,
Laman Utama

Masuk Ladang Kentang, Kasut Krisdayanti Jadi Bualan Netizen

Maliah Surip
26/06/2022
03:40 MYT
Pesohor Indonesia yang juga menjabat jawatan wakil rakyat, Kris Dayanti menjadi buah mulut pengikut dalam laman Instagramnya.
Ironi, Krisdayanti sebenarnya memuat naik foto dirinya sedang membuat lawatan dan berada dalam ladang kentang penduduk di Kampung Sumber Brantas, Batu, Jawa Timur.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau menceritakan telah menyaksikan dan ikut melakukan proses menanam kentang dari jenis granola.
"Pagi ini bersama para petani di desa Sumber brantas kota Batu, saya menanam kentang granola," tulis Krisdayanti dikutip pada Sabtu (25/6).
Beliau mengaku gembira melihat hidup petani di sana dan mendoakan agar ekonomi masyarakat kembali stabil.
"Senang rasanya melihat para petani kembali produktif dan semangat berkebun pasca bangkit dari masa pandemik. Semoga ekonomi masyarakat segera stabil seperti semula," katanya.
Namun, bukan soal aktiviti nenek kepada seorang cucu perempuan itu yang menjadi perhatian netizen.
Sebaliknya sepasang kasut berwarna merah yang dipakai pelantun Menghitung Hari tersebut yang menjadi bualan netizen.
Menurut laporan Insert, kasut merah yang dipakai Kris Dayanti itu dari jenama mewah antarabangsa, Fendi dari jenis Red Knit Fabric Rockoko Sneakers.
Malah ada yang menyiasat sehingga harga kasut tersebut. Bukan main main, kasut tersebut dianggarkan bernilai RM2,000 atau $444.
“Pergi berkebun pakai kasut Fendi,” kata seorang netizen.
“Sayangnya kasut mahal macam ini bawa pergi ladang,” tulis yang lainnya pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

gempak
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Terkini

Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."

gempak
21/08/2024
10:06 MYT
Perasaan tukang kasut yang dikenali sebagai pak cik Ujang Samsudin bertukar menjadi ceria apabila dia dikunjungi penyampai radio ERA iaitu Haziq Hussni, Shasha Nadira dan Fazziq Muqris pada petang Rabu.
Unitar