Masuk Tahun 2022, Peguam Dakwa Nia Ramadhani, Suami Bebas Dadah
Maliah Surip
31/12/2021 05:50 MYT
31/12/2021 05:50 MYT
Menjelang tahun baharu 2022, peguam bintang Nia Ramadhani dan suaminya, Adri Bakrie mengaku kedua kliennya yang terjebak dengan dadah kini sudah pulih daripada najis tersebut.
Dakwaan itu dibuat Wa Ode Nur Zainab sewaktu sesi terkini perbicaraan kes pasangan selebriti Indonesia itu yang berlangsung di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, semalam.
“Secara peribadi saya melihat progres kedua mereka semakin baik sejak menjalani rawatan pemulihan (dadah).
“Malah hasil kesihatan mereka juga dikeluarkan oleh pihak berwajib. Nia dan Ardie sepertinya sudah betul betul sihat dan pulih dari masalah itu. Hasil ujian menunjukkan mereka telah sembuh,” dakwa Wa Ode pada sesi tersebut, lapor Kompas.com.
Terdahulu Nia dan Ardi bersama pemandu peribadi mereka dikenakan waktu setahun menjalani rawatan pemulihan dadah di RSKO Cibubur selama 12 bulan.
Namun mereka meminta hukuman diringankan dan berjanji akan meninggalkan tabiat buruk mengambil dadah. Keduanya juga berikrar untuk menjadi manusia yang lebih baik dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Namun mereka meminta hukuman diringankan dan berjanji akan meninggalkan tabiat buruk mengambil dadah. Keduanya juga berikrar untuk menjadi manusia yang lebih baik dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Hasil hukuman pasangan ini sendiri akan diputuskan pada 11 Januari 2022.
Nia sebelum ini menerima teguran daripada hakim selepas mengaku mengambil dadah kerana sedih dengan kematian bapanya.
Hakim menempelak pengakuan tersebut sebagai kurang berasas memandangkan bapanya telah meninggal dunia lebih enam tahun yang lalu.
Kredit Foto: Kompas
Kredit Foto: Kompas