Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Masuk Tiub Dalam Tekak Pun Masih Boleh Bercakap? Jururawat Ini Kritik Babak Drama Tak Logik!

Amri Hassan 10/09/2018 | 03:49 MYT
Seorang wanita yang bertugas sebagai seorang jururawat mengkritik babak sebuah drama tempatan yang difikirkan tidak logik secara praktikal.
Kata pemilik Twitter yang dikenali sebagai Balqis Tuah itu, babak yang memaparkan seorang wanita yang dimasukkan tiub ETT (endotracheal tube) dalam trakea dan masih boleh bercakap itu mengarut.
"Sepanjang aku kerja tak pernah lagi dapat intubated patient yang boleh cakap dan aktif macam ni.
"Again, drama Melayu do your research!" sarannya berdasarkan adegan lakonan Sura Sojangi dan Azrel Ismail itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian buah fikiran Balqis itu mendapat sokongan daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
"Aku pernah kena intubated sampai tahap I can't even speak. Terseksa woi benda tu dalam mulut. Yang pasti aku tak boleh makan 11 hari," tulis @aizilhsnh.
"Seriuslah ETT tube tu masih dalam trakea pun masih boleh bercakap. Tak ada reflux. Nafas pun cantik," komen @naimmrosli.
Babak tidak logik drama yang melibatkan dunia perubatan bukan kali pertama dipertikaikan netizen.
Sebelum ini pun, babak seorang doktor mengesahkan pesakit hilang ingatan berdasarkan imbasan X-Ray turut tular di media sosial.
#Viral #Azrel Ismail #Drama #Viral #Twitter
;