,
Laman Utama

“Masuk Wiki Beliau Dan Edit Macam Tu Tak Kelakar!” – Wikipedia Rina Harun Disunting Semula Selepas Teguran Nedim & Netizen

Fiza Kamarudin
29/12/2021
03:47 MYT
Baru-baru ini Menteri Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi mangsa kecaman warganet selepas didakwa berlakon membersihkan simen di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan waterjet.
Rina turut menjadi mangsa ‘troll’ warganet termasuk gurauan melampau dan tidak bertanggungjawab seperti mengubah kandungan profil Rina menggunakan perkataan lucah di laman ensiklopedia Wikipedia.
Foto profil Rina kemuadiannya menjadi tular di laman sosial Twitter dan ramai warga maya yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Rata-rata mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai biadab, termasuklah suami kepada aktres Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz.
Nedim turut menempelak sikap segelintir netizen yang tergamak menyunting laman Wikipedia menteri berkenaan dengan perkataan tidak senonoh.
Don’t do that , if this is how you all are editing on her wiki , you people are f***ked in the head!— NNA ?? (@NedimNazriAziz) December 28, 2021 Selain Nedim, ada seorang pengguna Twitter juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai gangguan seksual dan minta ia dihentikan.
Dalam pada itu Gempak sempat meninjau ke laman ensiklopedia Wikipedia Rina dan mendapati bahagian profil yang disunting dengan ayat lucah sebelum ini telah pun dibetulkan.
Kali terakhir laman tersebut disunting ialah pada 2.04 minit pagi, semalam (28 Disember).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.
Laman Utama

Didakwa Dah Berkahwin Dengan Rina Harun, Takiyuddin Akhirnya Beri Penjelasan: “Once & For All Saya Nak Beritahu…”

gempak
20/10/2022
05:50 MYT
Ini jawapannya
Laman Utama

KPWKM Pandang Serius Peningkatan Alamat IP Kongsi Kandungan Lucah Kanak-Kanak

gempak
04/09/2022
23:00 MYT
Satu mesyuarat akan diadakan berkenaan isu ini
Laman Utama

Kanak-Kanak Empat Tahun Didera Ibu Angkat Ditempatkan Di Pusat Jagaan JKM - Rina Harun

gempak
24/07/2022
02:00 MYT
Rasanya lebih selamat kanak-kanak itu berada disitu
Laman Utama

“Banyak Sangat Fitnah Yang…”- Rina Harun Tegas Kompaun Rumah Bonda Ikut Lunas Undang-Undang

gempak
19/06/2022
02:13 MYT
Rina akui tiada campur tangan...