Dengan hampir 200,000 tontonan dan lebih 1,000 komen yang ditinggalkan, ramai peminat yang merasa 'cemburu' dengan penyanyi Wani Syaz.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Wani berkongsi panggilan video pendek antara dirinya dan ahli kumpulan BTS, Jimin.

Lebih kelakar, ada peminat bertelagah sesama sendiri di ruangan komen! Perbalahan tercetus sehingga menimbulkan ‘pergaduhan’ antara netizen yang membandingkan orang Melayu dan orang Korea yang dikatakan lebih banyak membuat pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah mereka.

Ada juga yang marah dengan peminat-peminat K-Pop fanatik yang menjerit-jerit apabila melihat artis kegemaran mereka.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya Wani bukannya betul-betul membuat panggilan video bersama Jimin, tetapi pelantun lagu Pendusta Cinta itu sekadar menggunakan aplikasi suntingan video yang dipanggil Snow.

MasyaAllah Aku ngak kuat ????????????????????

A post shared by Wani Syaz (@wanisyazofficial) on