Perkongsian yang dibuat di akaun Instagram (IG) miliknya itu telah menarik perhatian ramai pengikutnya.
Rebecca akui gementar untuk memenuhi permintaan Anggerik yang mahu berjalan seperti seorang puteri ketika hari istimewanya itu.
"Masya-Allah anakku, you are so beautiful, macam majlis kahwin.
"Mommy yang nervous, permintaan birthday girl nak berjalan macam princess.
"Dia cakap terima kasih Mommy, impian jadi kenyataan," tulis Rebecca sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Rebecca mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat anaknya itu.
Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.