Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis mencuri tumpuan apabila memuat naik sebuah videonya mengenakan tudung.

Menerusi laman sosial Twitter, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31, berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

“Kalau nyanyi lagu kak Ziana Zain, mesti automatik ternaik kening. Korang dah try filter IG Story Manggis? Komen sikit!

“Shawl oleh @sopansantunhq. Baru keluar plastik, tak gosok, tak kedut, i like,” tulis Manggis sebagai kapsyen.

Kalau nyanyi lagu kak @iamzianazain mesti automatic ternaik kening. ?? Btw, korang dah try Filter IG Story Manggis? Comment sikit! Shawl by @sopandsantunhq. Baru keluar plastik, tak gosok, tak kedut. Ai is likeee... ?

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

Menerusi video tersebut, Manggis manis mengenakan selendang berwarna krim yang dililit kemas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya memuji penampilan terbaru penyanyi rap itu.

“Masya-Allah sister Manggis, cantik sangat dengan hijab,” tulis pengacara Fara Fauzana.

“Cantiknya!” puji penyanyi Siti Sarah.

“Awak nampak 10 tahun lebih muda bila pakai hijab,” kata seorang wargamaya.

“Uish cantiknya pakai tudung, semoga istiqamah,” ujar seorang wargamaya.

“Cantik dan manis sangat dipandang,” komen seorang wargamaya lagi.

Gempak cuba menghubungi Manggis untuk tujuan pengesahan namun belum berhasil mendapatkan jawapan daripadanya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 150,000 tontonan dan 400 komen daripada pengikutnya.