Pengacara dan pelakon, Neelofa terkejut dengan harga murah yang ditawarkan di pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Menerusi risalah pasar raya tersebut, harga promosi ketika pembukaan Elewsmart nanti sangat murah dan tidak masuk akal.

Bayangkan kicap, mi segera, susu pekat dijual dengan harga kurang RM1!

Neelofa menerusi ciapan di laman sosial Twitternya memuji usaha Ebit Lew serta mendoakan urusan beliau dipermudahkan.

“Masya-Allah murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan,” tulis Neelofa mengulang ciap tentang pembukaan pasar raya tersebut.

Ciapan Neelofa itu telah mendapat lebih 32 ribu tanda suka dan 19 ribu ulang ciap daripada pengikut laman sosial tersebut.

Ada juga yang mengusik pengacara jelita itu supaya tidak membeli barang di pasar raya Ebit Lew kerana Neelofa termasuk dalam kumpulan T20.

“Neelofa jangan beli dekat kedai ni tau. Hehe. Neelofa T20,” komen seorang pengikut.

Dalam perkembangan lain, Elewsmart akan dibuka di Bandar Baru Bangi pada 18 Julai (Sabtu) & dan Kajang pada 19 Julai (Ahad) ini.

Sementara lapan cawangan lain iaitu Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana akan dibuka pada minggu seterusnya berturut-turut.

[[BACA: "Nak Bantu Mereka Walau Sedikit Tapi Berterusan"- Bakal Buka 10 Pasar Raya, Ustaz Ebit Lew Mohon Doakan Bisnesnya...]]