Seorang peserta lelaki berusia 23 tahun mewakili negara Austria yang menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 kelmarin mendapat perhatian ramai.

Ahmet Ucar yang berwajah kacak kini sedang menuntut di peringkat sarjana pengajian Islam di Universiti Vienna menyatakan rasa sukanya kepada Malaysia.

“Ini pertama kali saya datang Malaysia. Sebelum ini, saya tahu mengenai Malaysia sebab ada guru saya berkahwin dengan wanita negara ini.



“Malah, apa salahnya kalau ada jodoh, saya berkahwin dengan orang Malaysia," ujarnya kepada Harian Metro.

Di Austria sendiri, kebanyakkan masyarakat Islamnya berbangsa Turki dan Balkan.

Malah, Presiden Austria yang terkini, Alexander Van der Bellen memberi kebenaran untuk mempraktikkan Islam di negara terbabit.

Bagi Ahmet lagi, Malaysia merupakan sebuah negara Islam dengan masyarakatnya sangat peramah, berbeza dengan masyarakat di Eropah yang lebih serius.

Di Eropah, Azan pula tak boleh dikumandangkan terlalu kuat, hanya untuk didengar di dalam masjid.



Malah, pemakaian purdah atau burqa di luar tidak dibenarkan dan boleh dikenakan denda Euro150 (RM698).

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 diadakan kelmarin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan qari dan qariah dari Malaysia muncul juara.