Berita

"Masyarakat Pandang Sebelah Mata, Lalu Depan Rumah Meludah,"- Pengarah Shuhaimi Lua Dedah Pernah Disisih

gempak
Kamaruddin Razal
12/11/2019
23:55 MYT
Sponsor Banner
"Masyarakat Pandang Sebelah Mata, Lalu Depan Rumah Meludah,"- Pengarah Shuhaimi Lua Dedah Pernah Disisih
Pengarah terkenal, Shuhaimi Lua mendedahkan bahawa dia dan keluarganya pernah disisih masyarakat setempat sewaktu dia membesar dalam kehidupan sebagai orang susah.
Lebih menyedihkan, Shuhaimi memberitahu, dia juga pernah berdepan dengan sikap masyarakat sekeliling yang seolah-olah tidak senang menerima kehadiran mereka sekeluarga sehingga sanggup meludah di hadapan kediamannya.
"Saya dan keluarga pernah hidup susah. Di awalan keluarga dalam tempoh mualaf. Ya Allah, masyarakat pandang sebelah mata.
"Kenduri jarang dijemput. Lalu di depan rumah meludah. Takpelah Pakcik Iman yang meludah tu pun dah minta maaf dengan Ma, sebelum dia meninggal dunia. Kadang-kadang apa yang dipaparkan dalam drama memang berlaku," luahnya menerusi satu posting di Instagram.
Shuhaimi yang juga penerbit Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd. itu turut berkongsi sekeping foto yang mamaparkan dirinya berdiri di hadapan sebuah rumah baru yang dibina khas buat keluarganya.
Katanya, kesusahan yang dilalui sekitar 20 tahun lalu itu tidak pernah menjadi pematah semangat buatnya untuk terus berjaya.
"Inilah hasil saya sebagai anak seni sebuah rumah untuk keluarga saya. Rumah tak lah besar sangat. Biasa-biasa.
"Cukuplah buat keluarga kami berteduh daripada hujan dan panas," tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024