Pelakon filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra telah dilantik menjadi ikon Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor.

Berita pelantikan itu telah dikongsikan sendiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Doktor Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya.

“Adi Putra telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ni kerana berada di tanah suci.

“Insya-Allah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” kongsinya.

Dalam pada itu, Asyraf turut memaklumkan, banyak perkara yang telah dibincangkan bersama aktor kacak itu ketika sesi pertemuan yang diadakan di pejabatnya pada Selasa.

Malah, Asyraf turut memuji filem arahan pengarah hebat Syamsul Yusof itu yang memberikan banyak nilai pengajaran terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Menerima kunjungan hero Mat Kilau pelakon tersohor yang juga merupakan sahabat saya Datuk Adi Putra.

“Banyak perkara dibincangkan termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dikalangan anak-anak muda masa kini.

“Hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanahair dengan penuh penghayatan,” tambahnya.

Sementara itu, menerusi kemas kini di laman Instagram milik Adi, dia telah berkongsi semula hantaran yang dimuat naik Asyraf dan mengucapkan terima kasih di atas pelantikan tersebut.

“Jazakallah (terima kasih),” tulisnya ringkas.

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

Dalam pada itu, ruangan balas milik Adi telah dihujani ucapan tahniah dan selamat daripada pengikutnya di atas perlantikan berkenaan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!