"Mata Bengkak Selepas Main Ski Di Jepun" - Ning Baizura Cuak Alergik Teruk Ketika Anniversary!
ZULHILMI JALIL
31/01/2020 11:30 MYT
31/01/2020 11:30 MYT
Penyanyi Ning Baizura mengalami alergi yang teruk sehingga menyebabkan matanya mengalami pembengkakan.
Ning atau nama sebenarnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 45, berkata ia terjadi selepas pulang daripada melakukan aktiviti ski di Hakuba, Jepun.
"Bangun pagi dengan alergi mata yang teruk disebabkan tidak memakai topeng muka selama sejam semalam ketika melakukan ski kerana ketika itu salji masih turun.
"Chris kemudian pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat alergi dan dia terpaksa berjalan dalam keadaan cuaca sejuk.
"Sekarang ini saya terperap di rumah, perlukan rehat dan tidur yang cukup memandangkan saya tidak boleh melakukan aktiviti luncur salji bersama ahli keluarga pada hari istimewa kami," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Ning kini berada di Hakuba, Jepun bagi meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-12.
"Saya perlu sembuh dan masih berharap agar saya kembali sihat dan dapat sertai mereka untuk menikmati onsen (air panas semula jadi) bersama-sama.
"Selamat ulang tahun kelahiran yang ketujuh buat Ryan Sky Dalton. Daddy, kita sambut ulang tahun perkahwinan kita kemudian ya! Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-12 sayangku," ucapnya.
Perkongsian pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan agar Ning kembali sembuh dan dapat meraikan hari istimewanya bersama insan tersayang.
Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2008.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata Ryan Sky Dalton yang turut berkongsi tarikh sama iaitu pada 31 Januari 2013.