"Mata Berpinar, Loya, Muntah-Muntah" - Bukan Strok Haba, Uyaina Arshad Rupa-Rupanya ...
Asyikin Mayudin
20/04/2023 07:55 MYT
20/04/2023 07:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi detik cemas apabila dia mengalami sakit kepala yang agak teruk ketika sedang mengacarakan sebuah program secara langsung baru-baru ini.
Bercerita mengenai insiden itu, Uyaina berkata kesakitan yang dialami itu membuatkan dia tidak dapat berdiri tegak dan juga hampir pengsan jika meneruskan kerjanya.
“Benda ini terjadi kepada saya ketika tengah buat siaran langsung tapi setengah jalan, saya tak larat nak mengacara. Sakit kepala yang sangat dasyat. Muka berkerut tahan sakit.
“Nak berdiri tegak tak boleh. Nak bukak mata juga tak boleh sebab sakit kepala sangat-sangat. Pertama kali jadi time live macam ni. Saya rasa kalau saya teruskan juga, boleh collapse.
“Saya rasa, sebab cuaca panas sangat-sangat. Lepas itu puasa. Mula-mula tu saya okay saja tapi, masuk blok ke tiga tadi saya dah tak boleh tahan sakit kepala ni,” katanya.
Mengalami beberapa simptom seperti keletihan haba atau strok haba, Uyaina bagaimana memberitahu selepas menjalani pemeriksaa, doktor mengesahkan dia diserang ‘migraine aura’.
“Sakit just bahagian kiri kepala pula tu. Sama ada keletihan haba atau strok haba. Sebab saya ada symptoms of both. Sakit kepala, sometimes pening sampai tahap nampak semua benda jadi dua.
“Mata berpinar-pinar, berpeluh teruk dan muntah loya. Dah jumpa doktor kata saya kena migraine. Migraine Aura. Dalam seminggu ni, sehari je tak migraine. Dan tadi paling teruk.
“Doktor kata for me, antara benda yang trigger my migraine, berjaga malam sebab anak kecil, tak cukup rest dan tidur, coffee serta haba. Saya dah makan ubat migraine doktor bagi.
“Thank you sebab ramai yang doakan Uyaina. Korang jaga diri juga tau!” ujarnya.