Hiburan

Mata Kuyu, Peminat Sakat Suami Yana Samsudin Tak Cukup Tidur

gempak
Ahmad Shah
01/08/2016
04:05 MYT
Sponsor Banner
Mata Kuyu, Peminat Sakat Suami Yana Samsudin Tak Cukup Tidur
Peminat pelakon Yana Samsudin mengusik suaminya Fadzil Zahari selepas aktres itu memuat naik foto di akaun Instagramnya.
Yana memuatnaik foto suaminya bermulut muncung dengan mata kuyu, sedang mengusap kepala bayi sulung mereka.
Lebih menarik lagi, foto itu menampakkan Fadzil seperti tidak sedar momen tersebut dirakam isterinya.
Sebaik sahaja foto itu dimuatnaik, peminat mula menyakat Fadzil dan melabelkan wajahnya sebagai 'penangan sindrom anak pertama' dan tidak cukup tidur merupakan perkara wajib dialami oleh semua pasangan baru menimang cahaya mata.
Setakat ini foto tersebut telah menerima lebih 22,000 ‘likes’ dan ruangan komen juga masih dihujani ucapan tahniah daripada peminat mereka.
Terdahulu, Fadzil telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anaknya itu melalui akaun Instagramnya pada 21 Julai lalu bersama kapsyen:
“Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016 terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang ?☺️ moga cepat sembuh.... terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat2, kawan2 dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan... Alhamdulillah... Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua.” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto comel anak sulung Yana yang diambil menerusi Instagram @yanasamsudin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live